Tuesday, September 21, 2010

Keajaiban Din Kangkang

Ditenungnya daging masak merah itu dengan serius dan mendalam. Lebihan dari dalam mulut yang belum ditelan diludah atas pinggan. Din tangkas mengambil seketul daging menggunakan garfu dan ditenungnya lagi dalam-dalam.

"Daging ni dia rebus dulu ke tidak ni? Gua ada rasa darah. Sial laa..potong selera betul!" Din menyumpah depan gua.

"Mungkin setan dalam perut dia dah susut bilangannya semenjak lepas-lepas raya ni." Bisik gua dalam hati.

Payah gua nak jumpa scene Din berhati-hati dalam hal-hal makanan. Payah beb, memang payah. Semua jenis makanan selamba je dia ratah. Semua dia kauk atas pinggan. Semua dia bedal. Sebijik macam setan.!


*Jangan sesekali sergah Din dari belakang kalau beliau tengah sedap makan nasik. Kalau taknak kena sembam muka dalam rice cooker laa.

1 comment: