Wednesday, September 29, 2010

Ngompol

Macam biasa, tiap-tiap hari minggu kalau ada kelapangan masa dan pada hari itu juga budak-budak tidak bersekolah, pihak pengurusan asrama yang gua duduk akan buat event. Kalau tak ceramah, mesti bengkel mata pelajaran.

Itu jam, ada budak yang akan mengeluh sebab tak dapat main bola score tiang atau takraw yang mana bila menang jadi king dalam gelanggang. Termasuk laa gua. Ada jugak budak yang tak rebel malah lagi menyokong mana-mana penceramah motivasi buat ceramah kat asrama. Yang itu geng budak-budak 'tidur dengan buku'.

Nak dijadikan cerita, minggu itu Fadzillah Kamsah datang bikin ceramah kat asrama gua. Dia punya eksaited jangan cerita. Sampai ada budak siap beli buku 'Sifat-Sifat Positif Seorang Pelajar' untuk dijadikan rujukan time Fadzillah Kamsah turun nanti. 2 hari sebelum Fadzillah Kamsah turun, kawan-kawan satu asrama dah sibuk bercerita pasal Fadzillah Kamsah. Baik dari cara penyampaian beliau, sampai ke stail janggut. Itu baru budak-budak lelaki, gua belum cerita lagi macam mana makwe-makwe punya gossip pasal Fadzillah Kamsah ni. Gua ingat seminggu sebelum Fadzillah turun, dah bersepah-sepah agaknya quotes tulis kat pintu loker.

Gua dengar-dengar cerita dari pihak pengurusan time tu, Fadzillah Kamsah taruh harga servis tinggi. Tapi pengurusan sanggup bayar asalkan para-para pelajar bermotivasi dan positif. Kah kah kah!

*****

Masuk jam pertama, mata gua dah start mengantuk. Bukan sebab Fadzillah Kamsah, tapi sebab ada jenis budak-budak asrama bagi soalan bengap tak tentu hala. Tak tahu ke Fadzillah Kamsah ni banyak tempat lagi nak kena kejar? Buang masa. Tapi ada satu soalan rare yang diajukan kepada Fadzillah Kamsah buat gua segar semula. Yang tanya soalan tu kroni gua jugak. Sebab dah tahan ada budak-budak bagi soalan stail bebudak tadika.

"Dr, ada petua untuk kencing malam tak." Tanya Abas Aring sengih sambil jeling-jeling mata ke seorang senior sebilik. Mana boleh tahan tiap-tiap pagi gua dengan abas gilir-gilir kena lap ngompol senior. Sebab tu gua pelik dia punya tilam alas cadar leather. Masa itu gua dan abas sekolah sesi petang.

"Ada-ada, awak baca Surah Hud ayat 40 sambil tekan kat pusat awak. InsyaAllah dah tak ngompol lagi dah. he he he." Fadzillah Kamsah jawab steady spontan terdengar budak-budak perempuan tergelak kecil sambil buat tutup-tutup mulut.

*****

Malam tu gua jalankan rutin asrama macam biasa. Berborak dengan budak sebilik atas katil. Buat rumusan sendiri pasal ceramah siang tadi. Cerita makwe ni tidur time ceramah, rahsia tarikh lahir, beza tangan kanan tangan kiri, waktu yang sesuai belajar, dan tanya balik pasal budak ngompol kat abas. Tapi abas steady taknak jawab, aib orang jangan dibukak beb. Malu kena gelak dengan makwe karang.

Setelah masing mengantuk nak tidur, mereka automatik beransur seorang demi seorang. Tinggal laa gua dengan abas masih lagi rancak berborak. Kami bukak plan nak ponteng sekolah lagi 2 minggu akan datang. Dari A sampai Z semua dah dirancang pada malam itu. Dah siap terperinci.

Bilik jadi gelap.

Gua pandang sekeliling, semua ahli-ahli Al-Batanni dah siap sedia nak pekena tidur. Ada yang kibas-kibas katil. Setting speed kipas. Kunci loker. Sidai baju sekolah kat kepala katil. Minum scott emulsion. Ainol Azwan tengah tekun buat push up sebelum tidur.

Tiba-tiba gua tertumpu pada sebuah katil. Ada sekujur tubuh di atasnya. Selimut tebal meliputi seluruh badannya. Daripada hujung kepala hingga ke hukung kaki. Hujung kakinya bergoyang-goyang ke kiri ke kanan. Di tengah-tengah badannya macam ada satu gerakan yang perlahan macam mengurut. Gua tenung dalam-dalam. Begitu juga abas yang juga terperasan. Senior gua ni nampak hantu ke?

Gua pandang abas. Abas pandang gua. KAH! KAH! KAH! Gua gelak tapi tak tunjuk sangat.

"Baca Surah Hud laa tu." Bisik Abas kat gua sambil menggesekkan dua-dua belah telapak kaki tanda nak masuk tidur.

3 comments:

  1. brother aring? ermm...mcm kenal je...batch akak ea afiq?

    ReplyDelete
  2. taik ayang la berabong.....
    lu ygg kuat kencing malam...ha3

    ReplyDelete