Wednesday, September 22, 2010

Tinggi Brader, Tinggi

Rumah tempat gua duduk kat kolompo ni ada sorang lelaki berbangsa India jadi pengawal keselamatan. Mamat ni memang tak ada ciri-ciri jadi jaga. Pernah kantol dengan gua tengah sedap mabuk todi dalam post guard. Budi Bahasa, tingkah laku, cara menangkap penjenayah, dressing semua out. Tapi satu sahaja yang menarik perhatian gua. Mamat ni tinggi macam lakhanat.

Bila gua berdiri sebelah-menyebelah umpama pokok kelapa dengan pokok puding. Tinggi siak! Lu orang nak tahu macam mana dia punya tinggi? Ok gua kasi contoh.

Kalau tengah naik Honda Ex5, dia punya lutut sama level dengan throttle.

Kepala hotak dia.!

1 comment: