Thursday, September 23, 2010

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Malam tadi enfon gua berbunyi. Bunyi tanda ada orang telefon. Gua tengok skrin, nombor big boss. Dengan tanpa main ketap-ketap bibir gua terus jawab.

Setelah big boss menanyakan soalan-soalan yang common kepada gua, beliau terus menyentuh mengenai hal adik bongsu gua yang sedang menduduki peperiksaan paling tak relevan dalam Malaysia. UPSR. Dengar daripada mulut big boss gua, adik gua macam dah tak sanggup nak jawab. Jadi sebagai abang kandung yang tak seberapa mithali gua terus meminta big boss agar gua boleh bercakap sebentar dengan dia. Siapa lagi nak pujuk kalau bukan abang sendiri. Kan?

"Bapak, passsing kejap kat anas telepon ni. Epi nak cakap sikit." Pinta gua

Cara dia bercakap dengan gua macam mengeluh dan dah berat nak menitiskan air mata. Setelah
menanyakan soalan yang agak common dan ekstreme kepada adik gua, dapat gua buat satu kesimpulan. Adik gua ni sememangnya tak yakin nak jawab UPSR sebab dia punya pemalas nak belajar lebih kurang gua jugak masa kecik. Bukan sebab pengawas berlagak dan suka psiko sebenarnya. Jangkaan gua terang-terang menyimpang jauh.

Langkah yang mudah gua ambil. Gua akan kembalikan semangat adik gua yang nampak gayanya dah macam nak pergi ponteng periksa panjat pokok jambu. Gua betulkan balik keadaan. Gua bercakap soal ganjaran dengan adik gua. Gua bagi adik gua peluang untuk memilih ganjaran apakah yang dia mahukan sekirannya cemerlang dalam UPSR. Sekali sekala apa salahnya bagi adik gua hadiah yang boleh buat dia senyum dan sayang gua lebih. Kan? Hari-hari makan tempeleng mana boleh tahan. Duit simpanan ada lagi sikit dalam meybeng. Boleh laa kalau setakat nak belanja awek makan seafood.

Gua suruh adik gua fikir dahulu apa menatang dia mahukan. Selepas itu message gua balik.

*****

Gua dapat satu message daripada adik gua,

"Aku taknak apa-apa, cuma aku nak terajang ko laju-laju sampai mampos! hahahahahaha"


Gua tak reply balik.

2 comments: