Wednesday, October 6, 2010

Bala Datang

Semalam lebih kurang pukul 7.

Gua pulang dari kelas dengan berbekalkan tenaga yang tak berapa steady. Senang cerita lesu. Bila sampai ke rumah suasana macam biasa, semua housemate tengah sedap menghadap kompiter masing-masing. Biasanya gua akan ambil masa untuk baring dalam sepuluh minit sementara menunggu tenaga up semula. Kadang-kadang boleh terlajak juga sampai ke tengah malam. Bergantung kepada keriuhan bingit rumah gua. Kalau time tu budak-budak rumah gua berborak stail nak bergaduh dan macam nak berkempen pilihanraya memang gua cepat bangun.

Lepas sahaja sepuluh minit masa berlalu, gua bingkas bangun terus menghadap kompiter. Buka internet. Pekena pesbuk secara ala kadar. Gua nyalakan rokok sebatang buat teman. Disebabkan rokok dah naik harga, gua hisap sampai terbakar filter. Sampai lidah gua akan bagitahu yang ini bukan tembakau tapi kapas. Kalau dulu, bila bara rokok dah ngam-ngam cecah tulisan brand, gua cepat-cepat tenyeh dalam ashtray. Perilaku ni kalau gua buat time-time sekarang, nescaya gua akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Ok berbalik kepada cerita tadi, apabila tengah ralit gua dihadapan kompiter, tiba-tiba Azwali Adnan bertandang ke bilik gua dengan siap berkain pelikat berjenama 'atlas' dengan ada corak petak-petak kecil berwarna biru laut. Lengkap berkopiah di kepala. "Baru lepas maghrib ni." Bisik gua dalam hati. Ditangan kanan ada terkepit beberapa helai kertas yang jelas tertera tulisan nama orang di permukaan. Di tangan kirinya pula tergenggam kemas sebatang pen yang penutupnya hilang entah ke mana.

Gua steady pandang Azwali Adnan. Dia balas balik pandang gua sambil menggaru-garu punggung belah kanan macam ada masalah yang nak dikongsi. Daripada reaksi dan gaya yang dibawa oleh Azwali Adnan ni, gua dah boleh agak dan teka. Ini kalau tak pasal router internet buat hal mesti pasal bil semasa dah sampai ke rumah. Kalau gua baru sampai dari kampung, jauh panggang dari api laa Azwali Adnan ni tehegeh-hegeh nak tanya kabar gua sihat ke tidak.

"Bil api dah sampai, Tak." Azwali Adnan buka bicara dengan serius.

Gua dah agak dah. Tapi perkara-perkara ini tidak memeranjatkan gua. Bab-bab pembayaran bil, gua memang dah stenbai sikit duit. Orang kata, ekonomi kena laa rancang dengan betul. Jangan orang lain nak shopping, lu pun sibuk nak shopping. Karang baru nak sedar hutang sana-sini. Tertunggak itu dan ini.

"Berapa, Li?" Gua kemukakan soalan dengan steady.

"Kau kena bayar 88 ringgit, termasuk yang bulan lepas punya belum setel." Azwali balas sambil meniti nama gua menggunakan batang pen.

"Wokeh, besok gua bayar." Gua pancung seperti biasa dengan steady.

Kalau setakat 88 ringgit tu gua boleh laa bayar lagi dengan berbekalkan duit simpanan gua yang tak seberapa tu. Bil yang runcit-runcit ni nak setel pun senang. Makan puluh-puluh sahaja. Dengar pun tak adalah beban sangat. Kalau agak-agak bulan itu gua 'sakit' sedikit. Pandai-pandai laa gua cucuk big boss gua sikit, cucuk abang gua sikit. Kalau susah-susah sangat, komrad perempuan gua, mak dia ada bukak kedai makan. Katanya nak pakai tukang basuh pinggan. Senang-senang gua apply situ je.

Pendek kata gua tutup mata je laa kalau setakat nak bayar bil-bil semasa ni. keh keh keh.

*****

Hari ni lebih kurang pukul 5 petang.

Gua tak ada kelas hari ni. Bangun pun suka hati gua nak pukul berapa. Gua ajak seorang komrad rumah gua pergi cari nasik. Petang-petang ni pekena nasik campur padu juga rasanya.

Semasa tengah sedap gua kuis-kuis petai terlindung daripada nasik, tiba-tiba Azwali Adnan muncul sekali lagi dibelakang gua. Dengan tuala warna oren tergantung di bahu kiri. Hujungnya pula dikunyah-kunyah macam orang tak ada gigi. Scene yang ini gua dah tak heran. Ini merupakan salah satu pe'el Azwali Adnan bila bangkit sahaja dari tidur. Dah macam ritual.

Setelah menyedut air bungkus gua, dia buka bicara.

"Bil internet gua belum cerita dekat lu lagi, Tak." Terang Azwali Adnan dengan bau mulut yang dah berat nak ke bau longkang.

Hal bil dia bentang semula. Tapi gua steady kunyah nasik yang belum sampai separuh lagi gua makan. Kali ini internet, nak tak nak gua kena dengar juga berapa jumlah yang masih belum dijelaskan. Bil internet ni kadang-kadang terkejut juga kalau gua dengar. Kadang-kadang boleh makan ratus-ratus. Bergantung pada kadar kelajuan gelombang yang kita mahukan.

Tengok pada memek muka Azwali Adnan macam berat nak cakap. Tapi kalau tak cakap, macam mana kita nak tahu kan?

"Berapa."

"64o ringgit."

Gua diam. Tak baik kalau mencarut depan rezeki. Dalam belog tak apa.

Maderfakerrrr!

4 comments:

  1. meh wat partime kat umah ..basuh baju wakakkaka

    ReplyDelete
  2. bek ko gune unifi je..... wakakakaka.... (apok)

    ReplyDelete
  3. berapa bulan korang x bayar internet sial????
    BAnyak tu.....

    ReplyDelete
  4. bila baca tajuk aku ingat kawan ko nama balasubramaniam ke datang. rupanya BALAK BENCANA!! hahaha lain kali bayar la bil internet tiap2 bulan! haha

    ReplyDelete