Saturday, October 23, 2010

Berdebar Tak Berdebar


Pertama sekali gua nak ucap ribuan terima kasih kepada ini brader. Kalau tak ada dia, memang gua tak pergi Putrajaya. Lu memang Kimi Raikonnen kalau bawak kereta, Fareed. Sepanjang hidup gua menaiki kereta, gua tak pernah pegang 'dashboard'! Tapi hari ini bukan setakat 'dashboard', kaki gua pun terlunjur keras ke depan. Cilake..

Gua ucap terima kaseh kepada semua yang terlibat dengan Lorong Seni Putrajaya petang tadi. Budak-budak sekolah lagi beb yang 'organise'. Itu gua respek.!

Gua nak tulis nama-nama dekat belog banyak sangat. Jadi sekali lagi, terima kaseh Lorong Seni Putrajaya. Siapa yang tak pergi tu, dia memang tergolong dalam golongan orang yang rugi. Kan gua dah cakap, pergi lepak Pavillion siapa suruh!

Pertama kali juga dalam hidup gua, persembahan gua dibayar. Gua tak mintak dan tak harap apa-apa beb. Nak terkeluar juga air mata gua tadi. Boleh tahan juga nilainya. Lepas ni gua nak lipat-lipat duit tu masuk dalam sampul surat. Gua nak tabur bedak dashing banyak-banyak dalamnya. Lepas tu gua nak gam dan stapler. Walaupun ianya hanya nilai duit semata, tapi bagi gua nilai sentimentalnya tetap tinggi. Gua nekad tak mahu guna duit tu sampai bila-bila.

Tapi kalau dah darurat sangat, memang gua koyak sampul surat tu! kah kah kah!

No comments:

Post a Comment