Monday, October 11, 2010

Mee Segera Cara Baru

Ok dekat rumah gua ada seorang penghuni bikin satu scene mee segera stail baru. Iaitu berbau kerengga. Masa kecil dulu lu pernah terkena gigit kerengga kat tangan? Lepas itu lu pukul kerengga tu sampai kiyok dan serta merta tangan lu bau semacam?

Itu jam, lu rasa macam nak termuntah atau cepat-cepat pergi basuh tangan. Sekarang ni, siapa-siapa yang tak tahu macam mana bau kerengga gua kasi kaedah. Atau senang cerita gua cop lu jakun. Pergi lepak Pavillion hari-hari siapa suruh. Apa? Nak pergi cari kerengga? Tempeleng nak tempeleng?

Tak perlu cik adik, tak perlu. Lu hanya perlukan sebungkus mee segera berjenama Maggi. Harus diingat Maggi anda hendaklah berperisa kari. Kalau tidak nanti bau tak jadi. Sertakan juga sesudu sos cili berperisa bawang putih yang juga berjenama Maggi. Lu juga perlu sedikit taburan lada hitam berjenama "Aji-Shio".

Apabila mee segera itu sudah masak dan sedia untuk dimakan, lu masukkan sesudu sos cili tersebut dan juga sedikit taburan lada hitam yang gua terangkan tadi di atasnya.

Kemudian, lu tutup mangkuk yang mengandungi mee segera itu tadi selama beberapa saat. Selepas itu lu buka penutup mee segera tadi. Kemudian lu dekatkan hidung betul-betul dengan asap yang terhasil daripada mee segera tersebut. Dan daripada cara itu, maka terhidu lah satu aroma yang boleh tahan gampangnya yang mana benar-benar baunya seperti bau bontot kerengga.

Sekarang ni dah tak perlu panjat pokok jambu batu pergi tangkap kerengga lagi dah. Lu boleh pakai sahaja kaedah ini. Lu juga boleh pergi lepak tak tentu hala hari-hari kat pavillion sana.

Gua jamin, kemungkinan besar bila lu dah bau aroma itu, lu punya selera terhadap mee segera itu akan hilang. Tapi yang peliknya si Azzrai ni selamba sahaja dia bedal. Selera serupa jin apret. kah kah kah!

1 comment:

  1. hahahahhhaha
    itu azzrai agaknya kayu n batu pun dia telan

    ReplyDelete