Tuesday, October 12, 2010

Release Tension

Gua baru lepas pekena rokok sama-sama dengan budak ponteng sekolah lengkap beruniform sebentar tadi.

Bila gua tanya "Macam mana lu boleh keluar sekolah ni?" Dengan gamble dia jawab "cikgu kasi keluar sekolah kejap bro. Release tension."

Gua tanya lagi sekali "Rumah kat mana?" Selamba dia tunjuk sebuah rumah flet 4 tingkat betul-betul seberang jalan. "Tu."

Gua senyum.

Tiba-tiba fikiran gua melayang dan teringat satu peristiwa. Bila big boss gua pulang kerja dia ada ternampak gua tengah sedap main bola depan rumah dengan kawan-kawan satu blok. Itu jam, dia suruh gua balik dan terus kena libas stail warden penjara dengan batang paip.

"Apasal tak pergi mengaji!"

zasss!!

"Kerja nak main je!"

zasss!!

"Pergi mandi, ngaji rumah Cik Rubi sekarang!"

zasss!!

zasss!!

zasss!!

zasss!!

dan

zasss!!

Gua nangis-nangis capai tuala kat ampaian.

Itu baru ponteng mengaji tu. Baru ponteng mengaji.

Mulai daripada hari itu mana ada gua buat jahat betul-betul depan rumah!

1 comment: