Monday, October 25, 2010

Resam Duduk Membujang

Hari ni macam hari-hari yang sebelumnya. Tak ada yang ketara dia punya beza. Baik dari tingkah laku budak-budak rumah gua mahupun waktu gua bangun tidur. Semuanya seakan sama macam hari-hari yang lain.

Hari ini gua rasa macam nak basuh kain baju yang kotor. Dah bertimbun gila babi kain baju gua dalam bakul putih hasil pemberian azzrai tiga bulan yang lepas. Bila dah cukup seminggu, gua akan ambil masa dalam setengah jam untuk membasuh baju. Daripada proses membasuh hingga laa ke ampaian. Biasanya gua ambik hari isnin sebagai waktu membasuh baju gua. Ramai orang anggap hari isnin tu hari paling sibuk dalam seminggu. Tapi bagi gua hari isnin itu ialah hari paling lapang. keh keh keh.

Sikit-sikit gua bawak keluar baju daripada bakul. Ada macam-macam warna dan tulisan rupanya baju-baju gua ni. Betul-betul disebelah bakul gua, ada sekujur tubuh kecil dengan rokok di jari kiri tengah sedap layan pesbuk. Tengok muka macam baru bangun tidur juga gua ingat. Tak ada modal gua nak tegur din kangkang time itu. Tengok pada memek muka, din kangkang macam tak ada mood nak diajak berborak sepatah dua. Tetapi time itu gua lihat din kangkang memang dah tak lari mana dah. Memang dah tak lari mana beliau dengan seekor jerangkung jantan. Gua teruskan kerja gua memilih mana-mana baju yang harus diutamakan terlebih dahulu.

Selepas selesai proses memilih baju, gua hantar pula baju-baju tersebut ke stesen seterusnya. Stesen itu adalah mesin basuh 'legend' separa automatik berwarna oren cair pada luarannya yang mana bunyinya hampir sama dengan bunyi enjin pesawat. Gua bukak paip air dan salurkan getah tepat ke muncung saluran air mesin basuh tersebut. Air sedap-sedap mengalir orang kata. Sabun serbuk hasil ehsan Wan Taiping menjadi taruhan segala kotoran-kotoran yang terlekat pada baju-baju gua.

*****

Selesai sahaja mandi dan gosok gigi gua bergegas kembali ke mesin basuh tadi untuk melihat apa proses seterusnya yang patut dibuat. Ok proses bilas. Gua kembali semula ke bilik siap-siap pakai kain baju dan gua lihat Azzrai masih lagi tidak berganjak dari tempat asal. Kalau azzrai tidak berganjak sampai malam pun gua tidak hairan. Memang itu cara hidupnya. Biarkan.

Selesai menunaikan kewajiban yang dituntut, gua bergegas sekali lagi ke mesin basuh untuk proses 'spin' pula. "Ah 'spin' ni kena buat dua trip ni. Tak boleh sekali masuk." Bisik gua dalam hati.

*****

Selepas selesai sahaja proses spin gua terus ke bilik. Semasa gua nak salin daripada kain ke seluar pendek, tiba-tiba gua rasa tak sedap hati, macam ada benda yang tak kena. Baju gua dah basuh. Nak kata gua basuh baju orang mustahil. Itu memang baju gua. Gua sembahyang 3 rakaat ke tadi? Eh cukup empat. 'Feeling' gua time tu lain satu macam. Umpama macam lu makan ayam goreng, tapi ayam yang lu makan tu ayam bedak. Ayam yang dah nak hampir-hampir jadi bangkai. Gua rasa benda yang buat tak sedap hati tu dapat gua rungkaikan sekejap lagi.

Pandangan gua terpandang kepada bakul baju kotor tadi. Gua belek-belek balik baju lebih dua tiga helai yang gua sengaja malas basuh. Gua angkat. Satu-satu gua asingkan baju kotor. Ada warna hijau daun, coklat, dengan baju 'budi bahasa budaya kita' warna putih di dalamnya. Langkah gua terus tangkas ke gerobok milik gua. Gua belek-belek dibawahnya. Ada baju lama-lama yang dah tak sedap pakai. Gua periksa pula di besi penyangkut. Ah celaka! Tak boleh jadi ni..

Gua keluarkan baju-baju yang dah siap 'spin' tadi dan pindahkannya ke atas kerusi yana bersih.
Satu-satu gua kenal pasti dengan terperinci dan gua berjaya. Akhirnya, gua dapat rungkai menatang apa yang bermain dipemikiran gua sebentar tadi. Ok semua lembab termasuk laa yang 'reserved'.

Fuck.!

Macam mana gua boleh tak 'alert' benda-benda ni? Gua tak boleh laa kalau tak pakai benda ni. Lain macam tahu tak rasa dia. Celaka betul..

2 comments: