Thursday, November 11, 2010

Al-kisah Sejenis Bedak

Subuh itu sejuk macam duduk Ireland atau mana-mana kawasan Eropah yang sejuk. Bunyi ayam berkokok sayup-sayup tanda permulaan hari. Sunyi pagi itu betul-betul macam tiada orang buat masalah bunyi di mukabumi. Kadang-kadang rumah jadi hingar bila terdengar sekali-sekala sudip berlaga dengan kuali di dapur.

Kting! Kting! Ssssshhhhhhh!

Tanda mak gua tengah sedap menggoreng jemput-jemput. Dibalas pula suara big boss gua tengah asyik mengalunkan ayat-ayat suci dari dalam bilik.

Di ruang tamu.

Gua masih sedap guling-guling atas toto narita yang biasa digunakan oleh gua untuk tidur. Peel gua masa kecik-kecik dulu memang suka tidur di ruang tamu. Peel itu membawa sampai sekarang. Jikalau gua balik kampung, 'port' gua untuk tidur adalah ruang tamu. Nak tengok bola, hisap rokok, kunyah jajan, bercakap talifon, main gitar, bergusti dengan kucing, lakukan perkara-perkara tak senonoh. Semua perilaku itu senang dibereskan di ruang tamu.

Sedang gua tengah sedap main guling-guling atas toto, datang sekujur tubuh lengkap berkain pelikat dengan tidak berbaju tampil semakin dekat dengan gua. Ditangannya tergenggam kemas sehelai tuala serap air berwarna merah hati.

"Epi..Epi..bangun..bangun..sekolah!" Teriak big boss gua sambil kaki kanannya menunjal-nunjal belakang badan gua. Betul gua tak tipu. Beliau memang jenis suka kejut anak-anaknya pakai kaki. Jadi tidak hairan laa anak-anaknya bila dah menjangkau umur dewasa semua jadi 'keteging'. 'Keteging-keteging' juga, tetapi tahukah anda? Orang yang paling gua goyang dalam dunia ini adalah big boss gua!

Langkah gua perlahan menghala ke bilik air. Daripada jauh gua sudah dengar bunyi air mengalir laju daripada saluran paip terus ke kolah. Semakin dekat gua dengan bilik air, semakin menusuk sejuknya hingga ke tulang.

"Hari ni air tangki memang sejuk. Kalau nak air panas, mak jerangkan kejap." Mak gua perasan gua duduk lama dalam bilik air dengan tiada langsung bunyi air jatuh ke lantai.

Gua diam. Tidak memberi sebarang tindak balas kepada mak gua.

Gedebush! Gedebush! Gedebush!

Keletekkk! Bunyi berus gigi jatuh ke lantai dek tempias simbahan air daripada gua.

Gua keluar bilik air dengan keadaan menggigil. Gigi gua tak berhenti berketap. Otot-otot gua kelihatan sedikit bergerak tanda terkejut dengan sejuk. Peh! Itu jam gua memang tak boleh nak bergerak. Rasa sejuk sikit punya power. Memang kalau time itu adik gua mengada-ngada buka kipas nak mendengki gua, memang gua sesah. Dekat situ juga gua sesah dengan penyapu lidi.

"Sapu bedak 'Cuticura' dalam bilek mak tu." Suruh mak gua apabila melihat gua menggigil sejuk dah macam tak boleh hidup.

Mak gua ni biar betul. Apa power sangat bedak Cuticura tu sampai boleh fight dengan sejuk. Sejuk ni lawan dia mesti laa panas. Nasihat mak, gua macam tak nak pakai.

"Sapu je mak cakap..ko tak sapu macam mana ko nak tahu?" Kali ini mak gua bercakap dengan sedikit tegas.

Gua berlari ke bilik mak gua cari mana satu gerangan bedak 'cuticura' tadi. Akhirnya gua ada terjumpa sebiji botol berbentuk silinder. Body agak keras. Kalau pelangkung kepala orang boleh benjol ni gua ingat. Warna lebih kurang warna oren. Tapi cair sedikit. Macam warna 'peach' pun ada juga.

Hal-hal remeh gua kurang peduli. Tanpa fikir panjang, gua ketuk bedak tadah atas telapak tangan. Melepak juga ni kalau sapu tang muka. Gua sapu bahagian depan badan dahulu. Zzuuupppp!

Peh!

Betul laa apa mak gua cakap tadi. Mak gua tak main-main. Memang betul sejuk serta merta hilang. Suhu badan gua kembali neutral. Sejak daripada hari itu, gua nekad bedak ini laa yang akan gua guna tiap-tiap kali lepas mandi pagi. Dia boleh fight dengan sejuk. Sejuk boleh tunduk segan dengan bedak ini.

Selepas daripada peristiwa itu, tiap-tiap kali kalau big boss gua mahu ke kedai, gua akan bergegas ke bilik untuk periksa sama ada bedak masih lagi ada stok di dalamnya. Kalau botol bedak cuticura itu gua picit tinggal angin sahaja, gua akan order satu dengan big boss!

*Gambar bedal internet.



*Gua cari design yang ini. Tapi payah nak jumpa. Atau memang dah tak ada.

2 comments:

  1. best plak citer ko pasal bedak ni
    bedak nih buatan ape beb??
    power toi teknologi diorang pkai
    ngee~~

    ReplyDelete