Tuesday, November 30, 2010

Perihal Henfon Gua #2

Henfon gua dah mengada-mengada nak carik pasal dengan gua sekarang. Pantang gua puji sikit itu hari. Mula laa datang dia punya manja. Macam budak indie.

Sekarang ni henfon gua dah tak keluar sound. Kena jentik dekat skrin dua tiga kali baru dia keluar. Itu pun keluar sound sangkut-sangkut. Memang payah kalau tak ada bunyi ni. Macam mana gua nak bangun pagi-pagi buta pergi kelas? Gua bukan ada jam loceng.

Nak harapkan Ibrahem Azzrai kejut gua, memang tak boleh harap. Ibarat gua duduk sebilik dengan sebuah robot. Yang hanya akan berhenti menghadap laptop bila tiba perut lapar sahaja. Padahal katil bawah gua je. Kalau setakat tunjal-tunjal kaki dari bawah bukannya payah. Goyang-goyangkan katil, gua dah kira bersyukur dah.

Solution terbaik adalah, gua akan beli henfon yang baru! Yang senang tekan nombor dan huruf. Dan ada sound yang betul-betul pekik. Yang jatuh masih lagi steady. Yang orang tengok, tak ada selera nak rembat. Kalau tertinggal di mapley, orang nepal yang kerja di mapley tersebut akan panggil gua balik bukan terus masuk kocek. Yang bila tercicir kat mana-mana ralat tu tak ada rasa sangat.

Jadi henfon yang akan gua beli adalahhhh

















Jeng! Jeng! Jeng!

























Eh tak jadi beli baru, tiba-tiba sound henfon gua dah kembali pulih sediakala. Sungguh. Bunyi ringtone 'smooth' sahaja. Keh keh keh!

5 comments: