Thursday, November 4, 2010

Perihal Henfon Gua

Tengah hari ini panas tak menusuk sangat. Kalau gua menapak ke Pertama Komplek molek sangat dah rasanya. Ada tujuan sebab apa gua ingin ke sana. Ya! Gua nak beli 'charger' henfon yang baharu. "Charger" lama gua dah tak mahu lagi bagi perkhidmatan yang bagus dek kerana gua dah terpijak sampai pecah dalam gelap itu hari.

Gua menapak steady dengan beg galas berisi barang-barang peribadi gua di dalamnya. Macam biasa rokok jadi peneman gua dikala gua menapak seorang diri. Memang itu sahaja perkara yang wajar gua lakukan kalau menapak secara individu. Kalau ada komrad boleh laa buat berborak time 'menapak'. Ini takkan nak bercakap sorang-sorang.

Hari ini Kolompo sibuk seperti hari-hari biasa. Tiada yang 'rare'. Kadang-kadang sempat juga gua terajang 'side-mirror' kereta-kereta yang bunyikan hon tak tentu hala. Bukannya tak boleh sabar sikit. Baru tampal 'P' kat kereta dah berlagak hon-hon brader-brader bas metro. Nak kena sodok dari belakang pakai bas?

Sampai sahaja di pintu masuk Pertama Komplek, gua terus bergegas ke kedai henfon CSL gua dibeli suatu masa dahulu. Kedai tersebut dijaga oleh seorang perempuan cina yang berlagak stail laki-laki. Dia punya warna rambut dah macam warna papan playwood dah gua tengok. Kah kah kah. Dekat kedai ini laa gua berlawan harga dengan Bob Pontian suatu masa dahulu. Dia sibuk suruh gua angkat henfon mahal-mahal. Sesungguhnya teknologi henfon ni memang gua tak 'follow' langsung.!

"Moi, ini henfon ada jual charger ka?" Tanya gua sambil letak henfon di atas rak cermin.

Amoi tersebut capai henfon gua dan main tekan-tekan dengan henfon gua. Tengok pada muka dia, gua yakin amoi ini tak ada stok 'charger' untuk dijual. Tambahan pula muka gua ni dia dah tak kenal. Padahal kedai ini laa yang gua beli henfon dulu. Mungkin customer ramai sangat. Payah dia nak ingat. Gua faham.

"CSL ha? Ada ada. You tunggu sikijap haa. I pigi ambik." Selamba amoi tu jawab.

******

Amoi itu datang dengan muka tak berapa nak yakin sambil di tangan kirinya ada sebuah 'charger' tidak berbungkus. Entah cekau daripada mana gua kurang pasti. Dia terus ambil henfon gua untuk test. Tengok di skrin henfon, lambang bateri macam tak ada tindak balas. Tapi yang gua pelik, mati-mati dia nak yakinkan gua yang 'charger' ni berfungsi. Padahal dah terang-terang di skrin yang 'charger' ni tak berfungsi. Senang cerita tak ada 'function'. Dia nak pedajal gua ni gua rasa.

"Kalau betul dia boleh cas, apa pasal itu lambang tarak jalan?" Gua balas pedas.

"Memang itu tarak jalan maa, tapi u tengok kalau i tutup ini charger haa dia ada kasi keluar itu 'removed'." Terang amoi itu dengan yakin.

Kali ini gua malas nak cerita panjang. Gua dah boleh nampak amoi ni nak menipu. Sebelum dia menipu gua dengan lebih mendalam, lebih baik gua perbetulkan kembali keadaan. Ingat gua ayam-ayam? Kalau senang kena ayam-ayam ni bukan gua, itu Putat. Budak muo, memang senang kena tipu budak tu.

"Amoi, ini charger baik u cakap betul-betul. CSL punya atau bukan? Henfon i beli sini dulu maa. U jangan tipu laa amoi." Gua bercakap sedikit dengan dahi berkerut.

"Ini nokia punya charger maa, CSL pun boleh masuk. I dah tak ada simpan lagi itu stok. Semua sudah habis maa." Amoi itu akur yang dia telah menipu gua tetapi masih lagi ada sedikit perangai setan nak menipu. CSL CSL laa, Nokia Nokia laa.

"Cilake punya amoi." Bisik gua dalam hati sambil beredar ke kedai yang lain.

******

Gua singgah lagi satu kedai. Tapi kali ini perempuan melayu yang jaga. Dia macam tengah sibuk melayan kerenah brader boyan nak beli henfon.

"Ye bang! Cari apa?" Perempuan melayu itu tegur gua.

"Err CSL punya 'charger' ada?" Tanya gua lembut.

"Ada, bang. Err nak yang ori ke local?

"Yesss.!" Teriak gua dalam hati. Tadi kalau gua sampai Pertama, terus tuju ke sini kan senang. Tak payah nak buang masa layan amoi punya temberang.

"Bagi saya yang original!"



Statistik kehandalan henfon CSL gua.
  • Pernah masuk mesin basuh. Gua perasan bila spinner mesin basuh gua bunyi lain macam.
  • Pernah jatuh ke lantai sebanyak 4 kali dengan ketinggian katil double decker.
  • Pernah tertumpah air sirap di atasnya semasa gua sedang lepak mengeteh.
  • Pernah kena pijak oleh gua sendiri sebanyak berapa kali gua dah tak ingat.

Hah siapa-siapa yang pakai blekberi ke iphone ke boleh survivor macam henfon gua? Hah jawab, jawab..

4 comments:

  1. henpon gua rilek rilek gua buat main sepak takraw. henpon lu, ade?

    ReplyDelete
  2. BABI kaw botak,,
    kaw yg sllu kne tipu,kne bahan lg ngn aq..AHHAHAHA

    ReplyDelete
  3. Jibam,
    macam setannnn

    Putat,
    Kah kah kah!

    ReplyDelete
  4. pesal lu letak bob pontian...keh,keh,keh...mau bertumbuk ngn amoi uh..bob

    ReplyDelete