Wednesday, December 22, 2010

Dalam Perjalanan Pulang ke Kolumpo.

Tengah sedap gua memulas throttle moto time balik tadi, gua lalu sebuah sekolah cina. Kereta berderet-deret parking sepanjang jalan luar sekolah. Gua perlahankan motorsikal gua yang terlalu laju ni. Ada 5 6 orang budak cina lepak bus stop sambil masing-masing memegang kertas putih.

Selang beberapa kilometer, terdapat sebuah lagi sekolah kebangsaan, pun suasananya agak sama dengan sekolah yang pertama gua jumpa tadi. Tapi kali ni gua jumpa bukan budak cina, tapi budak melayu. Ada dalam sekumpulan kecil sambil masing-masing memegang kertas putih. Lepak pun bukan dekat bus stop, tapi tepi longkang.

Patut laa, hari ini keputusan PMR keluar rupanya.

Kepada pelajar-pelajar PMR yang mendapat keputusan cemerlang gua ucap tahniah. Kira berbaloi dengan apa yang lu orang usahakan selama ini.

Manakala kepada pelajar-pelajar PMR yang keputusan dia sayor macam gua dulu, tak payah nak bersedih sangat. PMR ni kalau nak diikutkan, tak kemana sebenarnya. Paling-paling kuat pun lu dapat masuk MRSM, kena puji dengan sedara mara, naik pentas salam dengan orang kuat PIBG dan mendapat perhatian kawan-kawan selama 2 bulan. Keh keh keh.

Rilek, SPM lu bantai habis-habisan. Tapi kalau SPM pun sayor jugak, lu jual burger laa senang.

Nak kena tempeleng?

Ingat jual burger tak boleh kaya!!!?

1 comment: