Thursday, December 16, 2010

Sesi Dalam Kelas

Petang tadi. Dalam kelas.

Sedang seorang lecturer mengajar ketika sesi pembelajaran berlangsung, ada sekumpulan pelajar India tengah sedap berborak. Diaorang langsung tak peduli apa lecturer sedang bercakap. Mungkin diaorang tengah pedulikan mengenai hal lain. Hal yang lebih penting dan lebih bermakna. Sekumpulan pelajar India tersebut betul-betul duduk sebelah meja gua.

Daripada sudut pandangan ekor mata gua, ternyata geng-geng ini macam sedang membincangkan satu isu serius. Serius yang macam mana gua pun kurang pasti.

Gila apa tak serius kalau dah siap main angkat-angkat tangan lagi dengan dahi masing-masing berkerut.

Gua cuba tangkap bait-bait perbualan yang diaorang sedang hangat berbincang. Fokus gua kepada lecturer dah lari sedikit dek kerana nak tahu topik perbincangan mereka. Babi! Benda bodoh ni patutnya gua tak payah nak buat sebenarnya. Pergi lantak laa lu punya hal.

Tapi gua teruskan juga pendengaran untuk menangkap topik serius mereka.

Gua tutup mata seketika. Gua tajamkan lagi pendengaran beserta fokus. Dan gua rasa gua dah dapat tangkap satu perkataaan yang telah terpacul dari salah seorang ahli perbincangan serius terbabit.


Cilake!, cerita pasal helmet rupanya.

1 comment: