Friday, January 28, 2011

Interview

Hari Isnin minggu depan gua kena menghadiri satu sesi temuduga. Temuduga ini bertujuan untuk sesi latihan industri gua. Setelah hampir tiga tahun gua menghabiskan masa dan juga membanting tulang, semata-mata ingin mendapatkan segulung modal masa hadapan yang dipanggil diploma.

Ok bab membanting tulang tu gua rasa kurang sesuai untuk dikaitkan dengan tempoh pembelajaran gua. Tak ada lah membanting tulang mana pun. Kah kah kah!

Membanting tulang ni sesuai digunakan kepada peladang-peladang yang sudah terbukti kudratnya. Yang mana mampu menghasilkan berbelas-belas batas tanah untuk ditanam ubi kayu dalam masa sehari. huh power!

Tempat yang gua kena temuduga itu pun bukan calang-calang. Bahasa rasmi diaorang bahasa inggeris. Mungkin dah tiba masanya gua harus praktikan kepetahan inglish gua yang sudah terbukti hebat ini. Ataupun gua boleh cuba mengketengah bahasa-bahasa yang lain semasa temuduga itu nanti?

Bahasa bunian misalnya. Ermm bahasa Urdu mungkin?

4 comments:

  1. haha ! kat mne ko interview ?

    ReplyDelete
  2. mana panggil kau?
    uuu.
    cepat sungguh feedback.
    ;p

    ReplyDelete
  3. belah-belah belgium sana stended gua!

    ReplyDelete