Sunday, January 2, 2011

Manggis Buahan Tempatan Yang Sedap

Beberapa hari yang lepas abang gua telefon. Lebih kurang pukul sebelas pagi. Semasa abang gua telefon, gua masih lagi ada atas katil. Itu tandanya gua masih lagi tengah sedap tidur. Ibrahem Azzrai pun tengah nyenyak dibuai mimpi berlawan dengan raksasa-raksasa warcraft pada ketika itu.

Pada mulanya memang gua tak perasan henfon canggih gua berbunyi, setelah tak putus-putus panggilan dari beliau akhirnya gua akur. Biasanya, kalau ada hal penting abang gua akan telefon gua sampai gua jawab. Kalau hal remeh temeh memang dia tak pernah telefon. Kah kah kah!

Hari itu mungkin ada hal penting gua ingat. Hal yang serius dan seterusnya boleh membawa kepada kekecewaan. Ataupun hal-hal yang berkaitan dengan hal-hal yang tidak dijangka. Senang cerita "emergency". Itu sebab abang gua bertalu-talu telefon gua.

Gua angkat telefon dengan hati yang berdebar-debar ketika itu. Berita yang diluar jangkaan memang gua lemah sedikit. Lagi-lagi kalau hal-hal kematian. Aduhh!

"Epi! Ko tahu macam mana nak pergi Sri Pentas yang TV3 punya tu?" Abang gua terus redah tanya soalan dekat gua. Salam entah ke mana.

"Ko nak buat apa pergi situ?" Gua tanya balik dengan 'instinct tak berapa bagus. Apa kejadahnya nak ke sana abang gua ni?

"Aku nak pergi MENTOR..tapi yang Rahim Maarof punya..!"

Bila gua dengar hal itu yang buat diri beliau jadi serius macam setan, gua automatik cakap "Tak tahu..!"


***********

Pada pukul 0530 pagi, tanggal 24/12/2010 Hajah Salbiah Haji Othman telah pergi menghadap Illahi akibat sesak nafas. Berkat meninggal hari Jumaat. Gua mendapat berita kematian melalui big boss gua sendiri lebih kurang pukul 0630. Tapi dek kerana syaitan nirrojim yang sememangnya suka menghasut anak-anak Adam, gua boleh layan sambung tidur sampai pukul 0800. Gua antara 2 orang cucu yang tidak berkesempatan melihat wajah terakhir si arwah. Gua sampai-sampai kampung, jenazah dah stenbai dalam van dan sedang bergerak meninggalkan rumah menuju ke pusara.

Sampai-sampai sahaja rumah, big boss gua sound, apahal lambat? Gua diam.

Al-Fatehah.


***********

Tahniah diucapkan buat pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Pasukan Indonesia dan seterusnya dapat menjulang dan membawa balik Piala Bookie-Bookie Asia Tenggara.

Tengok-tengok pada gaya, Safee Sali macam nak naikkan balik scene Mokhtar Dahari. Gua tengok saiz peha mereka macam lebih kurang sahaja. Keh keh keh!

Oh ya! Tajuk entry gua "Manggis Buahan Tempatan Yang Sedap" tu tak ada kena mengena sebenarnya. Sekian...

No comments:

Post a Comment