Saturday, February 26, 2011

Fiksi

Baru-baru ni gua lalu jalan gombak naik moto daripada jauh boleh nampak kelip-kelip lampu warna biru. Ada laa dalam 7 buah basikal jenis fiksi tengah sayup menempuh jalan.

Gua singgah mengeteh dengan komrad di danau kota ternampak lagi sekumpulan orang tengah berbasikal yang majoritinya adalah pengguna fiksi yang designnya 'meriah' yang amat.

Bila balik, gua jumpa lagi bebudak fiksi tengah sedap mengayuh fiksi masing-masing. Ada laa dalam 10 orang. Ada pakai lampu warna merah, ada lampu warna biru, ada lampu warna putih, dan ada yang tak pakai lampu langsung.

Di jalan tun razak gua terjumpa lagi sekumpulan bebudak fiksi dalam 5 orang pun tengah sedap mengayuh juga. Tapi kali ni semuanya tak pakai baju. Bagi diaorang mungkin nampak lebih stailo kot. Takpe biarkan, itu selera masing-masing. Jangan bogel sudah.

Scene fiksi tengah naik gila babi sekarang ni gua ingat. Gua anggap scene ni adalah satu budaya yang sihat dan harus diketengahkan. Harap-harap benda ni tak jadi trend dan bukan untuk tujuan 'market' semata-mata..

Tiru macam din kangkang, main fiksi bukan pasal market. Tapi pakai fiksi atas dasar keperluan. Keperluan untuk pergi beli rokok, tapau nasik, pergi ngeteh, pergi menuntut ilmu, pergi bersosial, dan buat jalan pusing-pusing kolumpo. Dia punya betis dah gila babi solid sekarang. Nak terajang orang pun takde hal gua ingat.

Lagipun gua rasa din kangkang memang patut pun kena pakai fiksi demi menjaga kesihatan beliau. Almaklum laa, hisap rokok sebijik macam naga.



Ops din kangkang jenis tak suka bergambar dengan fiksinya. Macam mana nak market ni, din?



*Pakai fiksi ni kena guna modal sikit. Maksud gua, duit. Kena pandai-pandai laa kumpul duit. Jimat sana-sini. Kalau tak pandai berjimat cermat macam mana nak tayang fiksi depan KLCC nanti? Ye tak?

2 comments: