Saturday, May 21, 2011

Maharaja Lawak

Setelah lapan minggu mereka berentap, maka tertinggal lah beberapa peserta yang masih lagi bertahan sehingga sekarang. Dan di sini gua ingin mengambil peluang untuk memberi sedikit pendapat secara individu mengenai mereka. Astro juga masih lagi mengambil pendekatan sama yang mana undian secara sms kepada mereka. Daripada situasi itu, tak payah nak bayangkan macam mana gila babi diorang punya untung.

Ok gua akan mulakan dengan:






Jozan ada kelebihan yang kuat berbanding dengan peserta-peserta yang lain. Kelebihan yang paling ketara sekali adalah dari segi peminat-peminatnya, "personal package", dan hampir-hampir menepati citarasa anak-anak muda zaman sekarang. Nama diorang kuat dan besar dalam industri hiburan. Senang cerita popular. Dari segi krediabiliti dan persembahan lawak gua rasa diorang "just nice". Tak bagus dan tak teruk. Momentum persembahan gua beri sedikit markah kepada Johan. Bagi gua Johan adalah tunjang penting dalam kumpulan ini. Beliau cukup arif dalam permainan watak dan gaya. Beri sahaja apa-apa watak dan gaya Johan mampu memanipulasi watak tersebut. Jikalau kita lihat dalam hal-hal menokok tambah, permainan kata-kata, memanipulasi ayat, gaya di depan kamera, maka serahkan sahaja hal ini kepada Zizan. Beliau mampu lakukannya. Zizan juga punyai rupa paras yang boleh menarik perhatian ramai makwe-makwe di luar sana.




Seorang pelawak yang bijak menjana idea-idea kreatif, kena dengan citarasa masa kini, dan memerlukan penonton-penonton berfikir mengenai lawak yang disampaikan. Pelawak individu ini yang tidak perlu memikirkan idea-idea orang lain. Sebab dia seorang saja. Pandai bermain isu-isu semasa dan beliau juga sudah ada nama yang tersendiri dalam industri hiburan. Persembahannya gua tak anggap konsisten. Ada naik dan ada yang turun. Bagi gua, persembahan terbaik Nabil adalah pada minggu ke-3 yang mana kesemua peserta ditugaskan dengan tema "Musical Comedy". Nabil cukup hebat dalam menyampaikan sesuatu cerita atau perkara. "Body Language" adalah senjata utama Nabil. Permainan watak adalah senjata ke-2 beliau.



Peserta feveret abang gua. Puihhh! Yus punyai latar belakang dalam pembabitan pementasan teater secara kecil-kecilan. Beliau punyai "knowledge" dalam hal-hal pementasan. Oleh kerana itu, gua sering memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka bila tiba giliran diorang naik ke pentas. Jadi tidak hairanlah momentum yang dibawa oleh Yus ke atas pentas cukup kuat dan berkesan. Yus juga punyai kelantangan suara yang jelas dan bersemangat dalam menyampaikan satu-satu watak. Beliau juga punyai kelebihan daripada segi pengalaman pentas berbanding peserta-peserta yang lain. Tauke pula, lu orang tengok sendiri laa gaya brader ni, bila AC start baca undian untuk diorang. Kah kah kah macam gampang tauke ni!



Feveret gua! Tiga anak muda berasal dari Johor. Gua follow perkembangan diorang masa Raja Lawak 3 lagi. Jep bertindak sebagai "playmaker" kumpulan ini. "Musical Comedy" adalah makanan Shuib. Hal-hal bahasa kasar serah sahaja pada Mamat. Persembahan diorang tak pernah menghampakan gua sejak dari dulu lagi. Apa-apa tema persembahan, mereka boleh lakukan dengan jayanya. Lawak Sepah hanya orang-orang yang tertentu saja boleh faham. Hebat dalam penggunaan intonasi suara dan pengolahan ayat. Diorang lebih suka pendekatan dalam lawak-lawak cara kampung. Unsur-unsur kemelayuan cukup sinonim dengan mereka. Tidak hairanlah mereka ada selitkan sedikit peribahasa dan pepatah melayu dalam persembahan diorang. Gua rasa lawak Sepah cukup dekat dengan dunia realiti masyarakat. Tumbs up Sepah!



Tahniah diucapkan kepada R2 kerana berjaya menyertai kembali Gelanggang Maharajalawak atas undian tertinggi yang diberikan kepada penonton. Peserta feveret gua yang ke-2! R2 punyai lawak yang golongan-golongan 40an ke atas boleh terima dan turut serta gelak. Mereka juga menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan kumpulan Sepah. R2 punyai banyak idea yang boleh diguna pakai. Mereka tidak ketandusan idea dalam persembahan. Walaupun adakalanya idea lawak yang digunakan mereka tidak mendapat sambutan penonton di studio mahupun di rumah. Kaedah sistem satu "cucuh" satu "bakar" cukup berkesan buat mereka. Tetapi kadang-kadang sistem yang mereka gunakan boleh termakan diri sendiri.



Raja "double-meaning". Mereka pandai menggunakan idea-idea yang "fresh" dan dekat dengan pemikiran para remaja zaman sekarang. Perkara ini satu kelebihan buat mereka. Lawak mereka lawak moden. Ramai yang memberi komen negatif kepada kumpulan ini disebabkan lawak-lawak "double-meaning" yang digunakan oleh mereka. Gua sikit pun tak kisah sebenarnya. Janji lawak. Keh keh keh!





Yang ini pergi jahanam laa! Gua nak tanya, siapa yang bawak Amir ni masuk Raja Lawak hah? Siapa, siapa?!




*Gambar rembat fesbuk

4 comments:

  1. hahahaha . Terbaik botak .

    p/s : Gua undi amir , lu apa hal ?

    ReplyDelete
  2. go Amir go! endahkan depa nie. depa jeles ngan ang! HAHAHA

    ReplyDelete
  3. luuuu gampang. biaq pi laa amir tuu.. rezki diaaa.. hang tuu jeles lebihhh! haha

    ReplyDelete