Saturday, December 29, 2012

Biasa-biasa

Di bawah rumah sewa aku ni ada satu kedai mapley yang biasa-biasa punya jenis mapley. Nama komersial dia takde. Skrin besar takde. Bilik air takde. Unifom seragam pekerja takde. Masing-masing baju sendiri-sendiri. Ayam tandoori takde. Variety masakan thai pun takde. Makanan yang paling spesel dia boleh buat cuma Nasi Goreng Spesel. Itu pun tak spesel mana, engko cuma buat satu nasi goreng biasa lepas tu ayam goreng potong potong taruk belah atas nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Spesel.

Tempat tebar roti canai dia ada dua biji batu bata sendal bahagian bawah buat balancing sebab roda dia dah tertanggal. Pendek kata semua memang biasa-biasa. Akan tetapi hal yang buat aku sayang mapley ni, kalau dia bikin roti tampal untuk aku, kuning telur dia bergoyang tenang dan tak bocor mengalir keluar. Engko paham?

 Oleh yang demikian kalau aku malas pergi mapley Siti Zubaidah maka di sini lah tempat aku melempias hajat untuk mengeteh dan berborak hal dunia bersama kawan-kawan. Begitulah cerita dia.


"Aney roti tampal satu..!"

No comments:

Post a Comment